::DEMI MASA::

Tuesday, December 27, 2011

~STUDY WEEK~

0 comments Links to this post
  ASSALAMUALAIKUM......apa khabar IMAN hari ni??semoga iman kita sentiasa meningkat hendaknya..insyaallah...
diri ni terasa nak menaip something di blog..dek kerana kebosanan duk terperap di bilik je sepanjang study week ni..mashaallah..hanya tuhan yang tahu hati ini...dah rse macam org yang x *******..huhu..
ya allah..ampunlah dosa hambamu ini yang x pernah bersyukur dengan masamu..
seriously!!time nak exam la perasaan malas timbul dalam diri ni..huhu..time start nak membace msti ade nafsu malas+mengantok!grrrr..
mood nak exam x mai lagila..mood nak balikkkkkkkkkk je adeeee..!

jikaku tension/stress bacelah :

"حسبنا الله ونعم الوكىل"

insyaallah dengan menyebut nama allah hilanglah tekanan tu..:)

ingat!!!
klau ade pape masalah mengadulah padaNya..

innallahama'ana..^_^ ♥♥




Sunday, December 11, 2011

Rehlah at Broga Hill

0 comments Links to this post
assalamualaikum..bismillahirrahmannirrahim...
kupanjatkan syukur kepadaMu Ya Allah..kerana memberikan aku udara yg segar utk bernafas di atas muka bumiMu lagi..Alhamdulillah wa syukurlillah..
Alhamdulillah..pagi tadi seawal jam 3 pagi dpt juga bangun  utk berciap dri bertolak ke broga hill.Broga hill ni trletak kat area kajang kott..*kurang pasti*.Seawal jam 5 lbh sampailah di kwsn bukit broga tu..kami semua solat subuh secara berjemaah  dhulu sblum mula mendaki bukit tu n pda pukul 6 lbh smpailah kteorng kat puncak bukit broga..
Subhanaallah..bila smpai je atas tu..dpt tgok pemandangan yg sangat cantik..n dapat hirup udara yg segar..niat kami smua nak tgok sunrise but..cuaca pagi td mendung..so xdpatlah melihatnya..tapi..bersyukur dpat juga merasa keindahan alam ciptaanMu..allahuakbar!!luasnya ciptaanMu..


*************************************************

semasa berda di puncak ke2 rasenye..sempat juga kami mendengar tazkirah oleh seorang ustaz dr ' ganu kiter ' yg cara prckapan beliau seakan2 ustaz azhar idrus..:)
i like his tazkirah about "zina hati"..
beliau menerangkan zina hati yg sebenarnya bermaksud apabila seseorang tu teringat kpd someone yg melebihi batas atau bak kate ustaz tu 'bayang' mende2 yang membawa kepada nafsu syahwat itu maksud zina hati sebenarnya....faham??
n kata ustaz tu lagi..kalau kita rindu or teringat someone yg kita minat tu x dikira zina hati lagi..juz teringat sahaja..kalau perkara teringat or ade perasaan trhdp seseorg tu  adalah perkara normal bgi semua manusia..kalau xde perasaan minat tu xnormallah seseorang tuh..:) (mknenya kalau sy teringat  seseorng yg sy mnt tu xpela kan??hehe~ingat!!jgn melampaui batas!!

*blajo abis dlu
*cinta dlu pada allah,rasulullah,family..
*jauhi couple yg melalaikan!!
*jauhi zina!!
hati ni berkata :"Ya Allah jika dia jodohku maka satukanlah aku  dgn dia..jika dia bukan jodohku jauhkanlah dia dr ingatanku..amin.."

p/s : gmbr pmdgan bukit broga xleh upload..hve tchnical problem..huhu~








Saturday, November 26, 2011

~maal hijrah~

0 comments Links to this post
بسم الله الرحمن الرحيم


dengan nama allah yang maha pengasih  lagi maha penyayang...
pejam celik pejam celik..hari ni dah 26 november 2011 bersamaan 30 zulhijjah 1432.esok 1 muharram 1433..dah masuk tahun baru untuk kalendar islam..subhanaallah..sekejap sgt masa berlalu..macamanelah amalan kita semua???adakah sudah cukup jika kita dicabut nyawa saat ini??ya allah...takutnye jika saat nyawa dicabut..amalan masih xcukup..ya allah..sedihnye hati..matikanlah kami semua dalam keadaan yang beriman..
Sempena muharram esok..jom kita sama2 muhasabah diri kita semua..hijrahlah diri kita dari yg kurang baik kepada yang lebih baik..insyaallah..nak berkongsi satu hadis pasal niat seseorg..insyaallah ad berkait jgk dgn hijrah kita..


"sesiapa yang berhijrah kerana allah dan rasulnya,dia akan sampai kepada allah dan rasulnya.sesiapa yang berhijrah menuju dunia yang akan diperolehinya atau menuju wanita yang hendak dinikahinya,dia akan mendapatkan apa yang diniatkannya."


mulai saat ini,,ubahlah niat kita semua..niatlah apa yg kita buat smua ni kerana allah..insyaallah ganjaran yg besar pasti menanti kita semua..
sebelum kata2 terakhir..bagi yg belum tahu atau dah tahu pon boleh juga sama2 kita baca sejarah maal hijrah ni untuk menambahkan lagi ilmu..^_^


 Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.KISAH HIJRAH RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia. Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.

Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk. Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah. Satu hari pada tahun 622M, iaitu kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam.
Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam. Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu.

Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah." Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya. Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW). Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu. Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah.

Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu. Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam ker ana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati.
Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah. Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah.

Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT. Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadih kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal. Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan. Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu.

Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah. Maka pada hari Isnin 8 Rabiulawal bersamaan 20 September 622M, Rasulullah (SAW) akhirnya tiba di Quba, sempadan Madinah dan benar-benar masuk ke Kota Madinah pada 12 Rabiulawal, hari Jumaat dan mendirikan solat Jumaat yang pertama di Kampung Bani Amar. Kaum Muslimin semua keluar untuk menyambut baginda. Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT. Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan tahun peristiwa bersejarah ini sebagai tahun permulaan kalendar Islam.



PERISTIWA PENTING DALAM MUHARAM

1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'.. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.


Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raj a Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah ker ajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan 'Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.


14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri

* fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin

*fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti

3. Menahan marah

* fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha

4. Menunjukkan orang sesat

* fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim

* fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah

* fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri

* fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat

* fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
(lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura ker ana Allah Taala)

9. Bercelak

* fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali

* fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti

11. Sembahyang sunat empat rakaat

* fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
(lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat ker ana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali)

12. Membaca

"has biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru"

* fadhilat - Tidak mati pada tahun ini ***semak dengan ustaz/pakar rujuk

13. Menjamu orang berbuka puasa

* fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa

Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura ker ana Allah Taala.

* fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka. 



p/s: jangan lupa baca doa awal dan akhir tahun..:)







Sunday, November 6, 2011

~SALAM EIDULADHA~

0 comments Links to this post
Bismillahirrahmannirrahim...
Alhamdulillah hingga saat ini dapat lagi ku bernafas atas muka bumi ciptaanMu YA ALLAH..SUBHANAALLAH...masa berjalan begitu pantas..hinggakan aku terlupa yang aku telah berada di bumi ciptaanMu ini hampir selama 19 tahun 7 bulan..bila terfikirkan bagaimana iman aku??bagaimana amalan aku selama aku hidup??adakah sudah cukup??ASTAGFIRULLAHALAZIM...sangat banyak dosa yang telah aku lakukan dengan sengaja atau tanapa disedari..YA ALLAH...AMPUNKANLAH SEGALA DOSA2KU SELAMA MANA AKU HIDUP ATAS MUKA BUMIMU DAN SELAMA MANA AKU MENJADI HAMBAMU..
ALHAMDULILLAH..hari ni aku masih diberi peluang utk mencoretkan kisah hidupku lagi..hari ini merupakan 10 zulhijjah iaitu hari dimana semua umat islam menyambut hari raya korban/haji  atau eiduladha..tanggal 10 zulhijjah merupakan hari umat islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalan memenuhi  perintah allah..sama2lah kita mengambil ibrah daripada sejarah atau asal usul eiduladha ini..
Dan hari ini jugalah kali pertama aku tidak dapat beraya bersama usrati..SUBHANAALLAH..hanya allah yang tahu bagaimana perasaan bila xdapat balik dan berkumpul bersama keluarga,,:'(
seperti yang kita ketahui...fikirlah positif..mungkin ALLAH telah mengatur yg terbaik untuk aku..,mungkin ada hikmah disebalik knpa aku xbalik..ALHAMDULILLAH..aku telah mendapat hikmahnye..iaitu awl2 pagi  tadi dapat solat raya bersama roomate2ku utk kali pertama di masjid UPM..dan pada petang tadi aku dan sahabat2 yang xbalik berpeluang utk makan di rumah ayahanda pengetua kolej 13,,syukur sangat2 padaMu YA ALLAH kerana memberi kami semua rezeki....:)
**lepas abis makan tu sempat lagi bwk balik buah rambutan**heee~
cukuplah coretan kali ni..moga2 ada masa lagi untukku terus mencoret serba sedikit kehidupan yang semakin mencabar dari hari ke hari ni..INSYAALLAH WA BIIZNILLAH..
Akhiru kalam..salam tadhiyah..salam eiduladha..kullu am wa antum bikhair..taqabballahu minna wa minkum..






Sunday, October 23, 2011

home sweet home

0 comments Links to this post
BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM..
Alhamdulillah..syukur pada ilahi..akhirnya dpat jugak pulang ke rumah setelah sbulan lebih berada di UPM,Serdang..rindunye pd mama,baba,deqyah n family..hehe~kali ni cuti midsem selama semnggu je 24-30 oktober...raya  haji xconfem lagi bleh balik ke x..huhu..harap2 boleh balik...
enjoy at home!!~
**dah tiada kata2 nak taip...heeee..**



Wednesday, October 19, 2011

~imamku~

0 comments Links to this post





Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan




Sunday, October 16, 2011

muslimahku sayang....

0 comments Links to this post

Salam ukhti,,,moga istiqamah di jalan dakwah,,ana doakan ukhti sentiasa thabat dalam jalan ini." Sender:Akh Umar 0141234567
Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyum,,ada rasa bahagia yng menjalar di dalam dada,,,hati semakin berbunga,,
"ehh,,kenapa dengan aku ni??" Namun segera disangkal "ahh,,mungkin seronok kerana ada rakan seperjuangan yang mendoakan"
Dia terus mengunci pintu bilik,,merebahkan tubuhnya di atas katil sambil membawa secebis rasa bahagia membaca sms tadi yang sebahagian besar bukan kerana isinya,,tapi kerana nama pengirimnya,,
"Ana sedang berhalaqah,,doakan semoga mad'u-mad'u yang sedang ana dekati ini bertambah keimanannya terhadap Allah,,dan jangan lupa doakan ana juga,,;)" Sender:Akh Umar 0141234567
Lantal akal memprotes "haiisshh,,kenapa tiba-tiba dia cerita dekat aku??"namun entah mengapa,,terasa ada puputan bayu yang bertiup halus,, tanpa disangaka dirinya merasa bangga kerana dia menjadi wanita terpilih yang menerima sms tersebut,,
Keesokan harinya,,,dia menerima satu mesej lagi,,,
Salam ukhti,,ana doakan semoga ukhti dapa t menjawab imtihan dengan tenang,,yakinlah,,innallaaha ma'ana,,ma'at taufiq wannajah!!
Hatinya melonjak-lonjak gembira,,mesti aku boleh jawab betul-betul exam kali ni,,
tapi,
Sender:Ukhti Elya 0129876543
senyumannya semakin memudar,,,ahh ,,bukan dari dia,,frustnya,,T_T
namun,,
selang beberapa minit handphonenya berbunyi lagi,,
"Yakinlah Allah sentiasa memmbantu hambaNya yang memperjuangkan agamaNya,,,ana mendoakan ukhti berjaya dalam imtihan!!Sender:Akh Umar 0141234567
yess!!mesej dari dia!!Sinaran mentari pagi itu kelihatan seperti warna spektrum yang indah memancar. Senyumannya mengambang lagi. Hatinya bagai bunga-bunga yang mengambang di musim semi. Mekar dan indah.
_________________________________________________________________________________
cerita di atas adalah gerak hati para da'ie yang mungkin sangat dekat dengan kita,,,dan tidak mustahil juga gerak hati itu pernah hadir dalam hati kebanyakan daripada kita,,
mungkin juga ada yang tersenyum kecil sambil berkata ,,"ehhh,,macam cerita aku je ni"
Mari cermati bahagian akhir daripada cerita tadi. Kalimat SMS keduanya hampir sama, yang isinya mengucapkan dan mendoakan agar berjaya dalam peperiksaan. SMS yang sama tetapi menghasilkan perasaan yang amat jauh berbeza. Kerana baginya yang lebih utama itu siapa yang mengirimnya, bukan apa yang dikatanya.
Namun sebenarnya, apakah Allah itu membezakan doa antara lelaki dan perempuan? Mengapa menjadi bahagia saat dia yang berlawanan jantina yang mendoakan?
Perkara inilah yang perlu kita cermati dan lihat dari kaca mata yang benar. Terkadang kita tidak perasan dan membiarkan diri kita hanyut dalam alam luar sedar. Dengan berbekalkan alasan bahawa, "Itu hanya sebuah SMS,” atau “Alah, email je.”
Namun,,sedarlah bahawa
itulah perangkap syaitan. Ia menguji kita dengan menggunakan fitrah insani yang telah lama berada dalam jiwa. Fitrah ketertarikan terhadap lawan jenis.
Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).[Q.S. Ali ‘Imran, 3:14]
Apalah gunanya kita jadi bersemangat dan semakin kuat, lantaran sumber semangat dan kekuatan itu adalah sesuatu yang tidak jelas? Malah kemungkinan ia hanyalah jelas-jelas sebuah dosa. Kerana hati berbunga-bunga, menikmati sorotan nafsu di dalam jiwa. Jadilah zina hati yang membuahkan dosa.
“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”[Sahih Muslim, hadis ke 2282]
Wahai hati, apabila engkau menginginkan SMS-SMS seperti itu, maka tanyakanlah kepada hatimu. “Apa yang aku inginkan sebenarnya? Penghargaan daripada dia atau Dia?” Lalu beristighfarlah. Sungguh, kita semua mengetahui bahawa diri kita lemah. Maka kuatkanlah dengan zikrullah.
Wahai hati, apabila tanganmu gatal untuk menaip email-email yang berkemungkinan mengundang musim bunga dalam jiwa mereka, maka pertanyakan kepada dirimu, “Bukankah masih ramai ikhwah-ikhwahku yang memerlukan kata nasihat dan pemangkin semangat?”
Lalu hantarlah SMS tersebut kepada mereka. Layarkanlah email penguat semangat kepada teman-teman seperjuangan tercinta. Itu jauh lebih diredhai-Nya, insya-Allah.
Yakinlah,,saat itu pasti datang jua,,biiznillah,,
Ada saatnya. Akan ada saatnya nanti telefon bimbit kita akan berdering dengan masuknya SMS-SMS romantis. SMS-SMS yang walaupun hurufnya hitam semua, tetapi tetap ber’aura’kan merah jambu. Untuk seseorang dan dari seseorang yang telah dihalalkan untuk berbagi hidup dan segala kata cinta yang ada di dalam kamus-kamus cinta. Cinta yang bermuara kepada pencipta-Nya. Cinta dalam Cinta.
Bersabarlah untuk saat indah itu.
“Salam. Abang nak mengisi dauroh ni. Kat depan ni ada lautan bidadari bertudung labuh. Tapi tak ada secantik bidadariku di istana Baiti Jannati. Tunggu abang balik ye.”
“Salam. Jaga hati ye. Nanti saya masak sedap-sedap untuk abang."
subhanallah,,so sweet!!


Saturday, October 8, 2011

HambaMu

0 comments Links to this post



Tiada lafaz seindah syahadah,
Tiada kata seagung namaMu,
Dengan bismillah aku mulakan,
NamaMu ku seru Ya Tuhan.

Wahai hamba,
Seandainya engkau Nabi,
Takkan pernah sekali,
Aku menyusun kata,
Memberi nasihat bermakna,
Walaupun engkau manusia,
Tetapi engkau maksum.

Wahai hamba,
Seandainya engkau Malaikat,
Takkan pernah sekali,
Aku menutur kata,
Memberi teguran penuh hikmah,
Walaupun engkau hamba,
Engkau seorang yang taat,
Tak pernah buat silap.

Namun,
Sayangnya,
Engkau bukanlah Rasul,
Bukan jua seorang malaikat,
Engkau adalah manusia biasa,
Tidak terlepas dari melakukan dosa,
Maka hak aku mengingatimu
Dengan berpesan-pesan,
Hak kamu juga mengingatiku,
Dengan kalimah penuh hikmah,
Mengatur kalam redha,
Menuju jannahNya
Yang kekal abadi



Friday, September 23, 2011

MALAS!!

0 comments Links to this post


alt
Kemalasan dilihat sebagai satu fenomena yang sering terjadi pada manusia. Haiwan? Tumbuhan-tumbuhan? Tidak pernah pula makhluk Allah ini kita lihat kejadian malas berlaku pada mereka. Mengapa kita? Kerana kita punya nafsu. Tetapi Allah itu Maha Pengasih, Dia tidak berlaku zalim pada hamba-hamba-Nya. Oleh itu Dia telah menciptakan nafsu seiring dengan adanya akal. Akal yang boleh memimpin nafsu.
Dengan adanya akal, ia diperintah untuk mencari ilmu yang Allah S.W.T telah turunkan ke bumi. Akal yang mencari ilmu yang baik lantaran akan membawa ketundukan kepada nafsu dan akan menyinarkan ketenangan buat jiwa. Sebaliknya pula bagi akal yang telah terpalit noda sewaktu mencari ilmu ia akan gagal memberikan keharmonian buat jiwa malah nafsu pula yang memegang tampuk pemerintahan bagi diri. Jadilah diri yang telah diselebungi sifat malas di dalamnya.
Di sini ada beberapa ilmu tentang malas yang telah saya dapati.
Malas boleh kita hindari ketika ia datang menyerang kemahuan dan semangat kita, di bawah ini ada beberapa tips antaranya:
1. Membasuh muka atau mandi ketika rasa mengantuk menyerang.
2. Mengubah posisi duduk ketika membaca. Misalnya dari duduk berubah menjadi berdiri, namun disarankan jangan dari duduk terus berbaring kerana ia boleh membawa kepada tidur.
3. Berpindah dari ruang baca ke ruang yang lain. Kalau kita berada di dalam bilik, berpindah dari bilik kita ke beranda, ruang tamu atau boleh juga ke dapur.
4. Menghirup udara yang segar dengan cara berdiri di tepi tingkap atau membuka tingkap yang terdapat di bilik lain untuk menambah kesegaran. Kita boleh juga memberikan bau aroma terapi kepada ruang tempat kita berada, misalnya dengan menyembur ruangan dengan wangi-wangian dan jika ada kipas angin, kita boleh menyembur pada kipas untuk menyebarkan wangi-wangian tersebut ke segala ruang. Ini kerana mungkin tidak semua ruang tempat kita berada mempuyai tingkap untuk pengudaraan.
5. Berjalan-jalan sebentar di sekeliling rumah. Boleh diganti dengan kegiatan yang lain misalnya merapikan rak yang berselerak, atau kegiatan yang lain yang boleh menggerakkan otot-otot kita.
6. Berbincang-bincang sebentar dengan keluarga atau kawan-kawan namun mengenai hal yang baik bukan hal yang buruk. Hati-hati jangan sampai lupa tujuan utama dalam berbincang-bincang iaitu untuk menumbuhkan semangat, bukan untuk berbicara hal-hal yang melalaikan bahkan juga mengumpat!
7. Berdiri membuat secangkir kopi, teh, susu atau juice untuk menghilangkan kebosanan dan menjernihkan akal.
8. Mengubah kegiatan kebiasaan kita. Contohnya jika bosan menghafal surat, boleh gantikan dengan membaca, jika membaca pula bosan boleh diganti dengan mendengarkan CD.
"Bersegeralah kamu melakukan kebaikan." (Al-Baqarah: 148)
"Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain." (Alam Nasyrah : 7)





 

♥CERITA DARI HATI ♥ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal