::DEMI MASA::

Sunday, May 29, 2011

AKU MAHU BERUBAH!!!!


Ya Allah.. Syukur di atas Nikmat pancaindera-Mu
Dengan penglihatan
Aku dapat melihat segala kekuasaan-MU,
Mengagumi segala kebesaran-Mu
Namun..
Dengannya jualah aku melakukan kemungkaran pada-MU,
Menjerumuskan diriku ke lembah dosa,
Melihat pada yang tak sepatutnya,
Membuatkan diri ini alpa saat hidayah-Mu tiba.

Seketika kutersedar...
Mungkin belum terlambat,
Untukku pahatkan dalam diri,
Bahawa.. Aku mahu berubah!!!
Ya Allah,
Jika dulu aku angkuh di bumi-MU,
Alhamdulillah..
Hidayah-MU mematahkan keangkuhanku,
Membangunkan sifat malu,
Yang selama ini tersorok dalam diri,
Kutundukkan pandanganku,
Yang selama ini meliar!
Kutimbulkan kekeliruan pada teman-teman,
Kutempis segala teguran sinis,
Kutekadkan dalam kalbuku,
Bahawa... Aku mahu berubah!! !
Ya Allah,
Jika dulu aku lalai dalam menunaikan hak-MU,
Terleka dengan duniawi,
Terkadang kuabaikan ukhrawi,
Subhanallah,
Sesungguhnya kekuasaan-MU yang paling Agung,
Kau sedarkanku di saat aku hanyut,
Masih tak terlambat,
Untuk suatu perubahan,
Kuakur pada kekuasaan-MU,
Lantas,
Kulaungkan dalam hatiku,
Aku mahu berubah!!!
Ya Allah,
Kupohon hidayah-MU,
Duhai ayahanda dan bonda,
sahabat-sahabat,
serta teman-teman,
Bantulah daku,
Bimbinglah daku,
Dalam mencari,
Cinta yang paling Agung,
Cinta yang Esa,
Sesungguhnya,
AKU MAHU BERUBAH!!!

0 comments on "AKU MAHU BERUBAH!!!!"

Post a Comment

 

♥CERITA DARI HATI ♥ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal