::DEMI MASA::

Saturday, July 2, 2011

MAKNA SEBENAR SAHABAT BAIK



Sahabat itu merupakan cermin bagi diri kita kan? bila kita lakukan kebaikan, ada sahabat yang menghargai lantas memuji. Ada juga sahabat yang mengeji dan mencaci dek kerana hasad dengki.
Bagiku, antara ciri sahabat yang baik ialah :
1. Tutur Kata Sopan
2. Akhlak menjadi ikutan
3. Setiap kata-katanya berhikmah
4. Jujur dalam persahabatan
5. Menghargai sahabat
6. Budi Pekerti Mulia
7. Bersifat terbuka dan menerima pendapat orang lain
8. Pandai mengambil hati
9. Memberi sepenuh kepercayaan terhadap orang lain
Memang kutahu, aku ini bukanlah seorang sahabat yang sempurna. Walaupun begitu, aku mencuba sedaya upaya menjadi sahabat yang terbaik. Aku berharap agar aku dapat menjadi seorang Sahabat yang dengan persahabatan itu akan mendapat KEREDHAAN Allah swt.
Terdapat beberapa orang sahabat yang kukenali yang banyak memberi kata-kata yang berhikmah di saat aku perlukan semangat untuk terus melangkah. Mungkin boleh kukongsikan :
Mesej Pertama ( 6 Ogos 2010 11:41:45 PM ):
Pertama..ingat yang semua ni'mat yang Allah bagi kepada kita, Allah tidak meminta sebarang balasan atau bayaran.. Kita kena ingat yang kita ini hanya hamba sahaja.. Takde effect ape pun kalau kita tak beriman atau beriman dengan Allah. Sebab Allah memiliki segala kesempurnaan. Jadi, Sebagai Hamba, Kita kena la sedar diri sendiri dan berterima kasih kepada tuan yang telah memberi kita pelbagai ni'mat. Kedua, Semua Ujian yang kita dapat ada hikmahnya. Mungkin kita akan dapat kebaikan daripada ujian itu. ALLAH lebih tahu apa yang kita tidak mengetahui. Ketiga, banyakkan membaca Al-Quran dan tafsirnya (untuk melapangkan hati)
Mesej Kedua ( 7 Ogos 2010 01:52:50 AM ) :
Allah berfirman. Jika dihitung ni'mat Allah yang diberikan.Takkan mampu kam menghitungnya.
(Sahabat meminta aku merujuk beberapa firman Allah di dalam al-quran)
1. Al-Baqarah ayat 214
"Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal sebelum datang keadamu (cubaan) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan berbagai cubaan), sehingga rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, "bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.
2. Al-Baqarah ayat 216
"Diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu lebih baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
3. Al-Baqarah ayat 286
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat siksa dari (kejahatan) yang diperbuatnya. (Mereka berdoa), "Ya Tuhan kami, janganlah engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan Kami, janganlah engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kpd orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami. Engkau pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir."
Mesej Ketiga ( 25 Ogos 2010 12:38:33 am ) :
Jagalah 7 SUNNAH RASULULLAH s.a.w.
1. Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
2. Membaca al-quran sebelum terbit matahari, alangkah baiknya mata melihat Al-Quran sebelum melihat dunia.
3. Jangan tinggalkan masjid terutama waktu subuh.
4. Jaga Solat Dhuha (pintu rezeki)
5. Jaga sedekah setiap hari
6. Sentiasa jaga wuduk
7. Amalkan istighfar setiap saat
Mesej Keempat ( 7 Sept 2010 07:06:10 AM ) :
"Menjadi sebaik-baik hamba dan khalifah, bukan semudah memetik 2 jari.. Itupun belum pasti bisa berbunyi. Hakikat insan memang penuh kekurangan, Namun tidak menjadi suatu kesalahan untuk memperbaiki diri menjadi sebaik-baik hamba Tuhan, Teruslah untuk melangkah meski dalam kepayahan.. Kita kan khalifah, Mengapa mesti diuji dengan perkara yang mudah.. Sedang kepayahan itu perkara wajib sebelum tiba di Jannah.. Lalu, haruskah mengalah pada takdir yang sering mengahadiahi kita dengan kesukaran yang membuatkan kita tertunduk menangis hiba..? Belajarlah untuk tabah duhai hati seorang pejuang! Tangisan itu pasti tidak akan sia-sia andai langkah mu terus teguh menuju jalanNya..."
Jadi.. apakah kita cermin yang elok atau tidak bagi sahabat kita? Jadilah cermin yang memantulkan wajah yang mempunyai nur(cahaya) yang mana akan menyinari kehidupan sahabat itu untuk menjadi sebaik-baik hamba Allah di muka bumi ini. Salinglah tegur menegur dan membaiki apa yang kurang .

0 comments on "MAKNA SEBENAR SAHABAT BAIK"

Post a Comment

 

♥CERITA DARI HATI ♥ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal