::DEMI MASA::

Sunday, July 24, 2011

♥marhaban ya ramadhan♥

بسم الله الرحمن الرحيم

dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..
kupanjatkan syukur padaMu..
alhamdulillah..hari ni dapat lagi bernafas menghirup udara 
dan melihat pemandangan ciptaan Ilahi..subhanaallah..
betapa besarnya ciptaanMu..tak dpt dibandingkan dgn apa2..
hari ni dah masuk 22 syaaban 1432
bersamaan 24 julai 2011..
lagi 7 hari nak menyambut bulan penuh barakah iaitu bulan 
ramadhan al mubarak..
dah bersediakah antum semua???
tepuk dada tanya iman..
sebelum tiba detik 1 ramadhan 1432..
jom sama2 kita ingat kembali fadilat2 serta amalan2 yang dpt dilakukan 
dalam bulan ramadhan nanti..INSYAALLAH..
Semasa zaman sekolah dulu,sekolah akan mengadakan solat tarawikh beramai2,
jamuan berbuka puasa atau dipanggil iftor jamaie,hafaz quran,
tilawah alquran dan majlis khatam alquran beramai-ramai.
betapa rindunya hati ini untuk kembali ke zaman persekolahan..

selain itu,terdapat banyak kelebihan dan keistimewaan bulan ramadhan.
Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah s.w.t telah menurunkan kitab suciNya 
(Al-Quran) yang menjadi petunjuk pada manusia. 
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan kitab sucinya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan yang benar dengan yang salah." Surah Al-Baqarah : 185.

Di pilih di antara malam-malam bulan Ramadhan itu suatu malam Lailatulqadar yang mana ia jauh lebih baik daripada seribu bulan. Seribu bulan itu kira-kira 83 tahun.. Menurut ulama Lailatulqadar itu jatuh pada salah satu malam sepuluh yang terakhir daripada bulan Ramadhan. Umat islam  diingatkan bahawa jangan disia-siakan malam-malam di bulan Ramadhan dengan perkara-perkara tidak berfaedah, bahkan hendaklah diisi dengan amal ibadat sebagai saham dan bekalan di dunia dan akhirat.


Selain itu juga terdapat beberapa keistemewaan bulan ramadhan antara :
Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :

    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)





pesananku : semoga kita semua dpat melakukan amalan2 trsebut di bulan ramadhan serta dapat berjumpa 
dengan malam lailatul qadr..insyaallah..
read quran everyday..:)
~SALAM RAMADHAN~
















0 comments on "♥marhaban ya ramadhan♥"

Post a Comment

 

♥CERITA DARI HATI ♥ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal