::DEMI MASA::

Friday, September 23, 2011

MALAS!!

0 comments Links to this post


alt
Kemalasan dilihat sebagai satu fenomena yang sering terjadi pada manusia. Haiwan? Tumbuhan-tumbuhan? Tidak pernah pula makhluk Allah ini kita lihat kejadian malas berlaku pada mereka. Mengapa kita? Kerana kita punya nafsu. Tetapi Allah itu Maha Pengasih, Dia tidak berlaku zalim pada hamba-hamba-Nya. Oleh itu Dia telah menciptakan nafsu seiring dengan adanya akal. Akal yang boleh memimpin nafsu.
Dengan adanya akal, ia diperintah untuk mencari ilmu yang Allah S.W.T telah turunkan ke bumi. Akal yang mencari ilmu yang baik lantaran akan membawa ketundukan kepada nafsu dan akan menyinarkan ketenangan buat jiwa. Sebaliknya pula bagi akal yang telah terpalit noda sewaktu mencari ilmu ia akan gagal memberikan keharmonian buat jiwa malah nafsu pula yang memegang tampuk pemerintahan bagi diri. Jadilah diri yang telah diselebungi sifat malas di dalamnya.
Di sini ada beberapa ilmu tentang malas yang telah saya dapati.
Malas boleh kita hindari ketika ia datang menyerang kemahuan dan semangat kita, di bawah ini ada beberapa tips antaranya:
1. Membasuh muka atau mandi ketika rasa mengantuk menyerang.
2. Mengubah posisi duduk ketika membaca. Misalnya dari duduk berubah menjadi berdiri, namun disarankan jangan dari duduk terus berbaring kerana ia boleh membawa kepada tidur.
3. Berpindah dari ruang baca ke ruang yang lain. Kalau kita berada di dalam bilik, berpindah dari bilik kita ke beranda, ruang tamu atau boleh juga ke dapur.
4. Menghirup udara yang segar dengan cara berdiri di tepi tingkap atau membuka tingkap yang terdapat di bilik lain untuk menambah kesegaran. Kita boleh juga memberikan bau aroma terapi kepada ruang tempat kita berada, misalnya dengan menyembur ruangan dengan wangi-wangian dan jika ada kipas angin, kita boleh menyembur pada kipas untuk menyebarkan wangi-wangian tersebut ke segala ruang. Ini kerana mungkin tidak semua ruang tempat kita berada mempuyai tingkap untuk pengudaraan.
5. Berjalan-jalan sebentar di sekeliling rumah. Boleh diganti dengan kegiatan yang lain misalnya merapikan rak yang berselerak, atau kegiatan yang lain yang boleh menggerakkan otot-otot kita.
6. Berbincang-bincang sebentar dengan keluarga atau kawan-kawan namun mengenai hal yang baik bukan hal yang buruk. Hati-hati jangan sampai lupa tujuan utama dalam berbincang-bincang iaitu untuk menumbuhkan semangat, bukan untuk berbicara hal-hal yang melalaikan bahkan juga mengumpat!
7. Berdiri membuat secangkir kopi, teh, susu atau juice untuk menghilangkan kebosanan dan menjernihkan akal.
8. Mengubah kegiatan kebiasaan kita. Contohnya jika bosan menghafal surat, boleh gantikan dengan membaca, jika membaca pula bosan boleh diganti dengan mendengarkan CD.
"Bersegeralah kamu melakukan kebaikan." (Al-Baqarah: 148)
"Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain." (Alam Nasyrah : 7)





Friday, September 16, 2011

kehidupan baru

0 comments Links to this post
Bismillahirrahmannirrahim...
Alhamdulillah sehingga hari ni dapat lagi menghirup udara yang dipinjamkan oleh Allah kepada kita semua..
sudah lama tidak mengupdate blog ni kerana kesibukan masa dan untuk menyesuaikan diri sebagai mahasiswi baru di UPM,Serdang,Selangor..moga semua perkara yang dilakukan  atas redha ilahi..Aminn..
Bermula 7 september,bermulalah kehidupan sebagai hamba allah yg bermusafir untuk mnuntut ilmu.dari terengganu ke selangor..bila fikir kos yang ditwarkan..BACELOR PARKS AND RECREATION SCIENCE..ya allah takotnya..takot diri ni xdapat istiqamah utk mnjadi yang terbaik..tapi..ingatlah wahai hati..innallahama'ana..insyaallah allah bersama kamu wahai hatiku..yang penting jaga iman n jaga hati..insyaallah mumtaz hidup..
cerita tentang kehidupan baru ni,nak share jgk suasana or persekitaran or kondisi tentang tempat tinggal baru sbgai mahasiswi ni,,^_^
alhamdulillah dpt kolej 13 yang penuh dgn pokok2 hijau..wlaupun dpt tingkat ke5 or atas skli..tp bersyukurlah..kawasan belakang bilik pon tenang je,penuh dengan kebun buah-buahan..terasa macam suasana kampung..heee~dapat roomate pon yang baik2..alhamdulillah..smoga diri ni mendapat sahabat yang boleh mengingatkanku kepadaNya setiap detik..amin ya rabb..
akhiru kalam..bersahabatlah keranaNya,,carilah sahabat yang boleh berada disamping kita saat susah dan senang dan  carilah sahabat yang boleh membentuk kita kearah yang kebih baik..insyaallah..

p/s:gambar xdpt nak upload lgila..ade masalah ckit..huhu~






Friday, September 2, 2011

la tahzan

0 comments Links to this post

✿bila kau sedih dan hilang semangat,ALLAH tahu betapa dirimu telah mencuba sedaya upaya✿

✿bila tangis mu berpanjangan dan hatimu kedukaan,ALLAH telah mengira titisan air matamu✿


✿bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu,ingatlah ALLAH sentiasa disisimu stiap masa✿

✿bila kau rasa putus asa dan mngalah,kau perlu tabah..kerana ALLAH akn memberi yang terbaik kelak✿



~لا تحزن قلبي~














 

♥CERITA DARI HATI ♥ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal