::DEMI MASA::

Saturday, August 24, 2013

Puding Triffle


Bismillahirrahmannrahim .. 



Bahan-bahan :

  1 gulung kek swiss roll  (*biasnye aku beli 2 kek, guna kek gulung pandan sdap skit :D) 
1 kotak Kristal jelly (brand Nona, perisa strawberry)
1 tin susu cair
1 tin buah cocktail (buah campur2)

3 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula (terpulang nak banyak mana)

Cara-cara nak buat :

Step 1: (lapisan kek) 

1.Potong kek gulung anggaran 1 inci. 
2.Susun kek dalam loyang atau dalam apa2 bekas sampai padat supaya lapisan puding nanti tak sampai ke dasar bekas.
 3.Tekan-tekan sedikit kek tadi agar mampat dan pastikan tiada ruang yang menampakkan dasar loyang atau bekas.  (kalau nak bagi kek lembab, ambik air dari tin cocktail tu, siram atas kek dan tekan2 kek tu sikit supaya mampat )

Step 2: (lapisan puding) 

1. Masukkan 3 sudu besar penuh  tepung kastard ke dalam bekas. 
2. Tuangkan 1 tin susu cair, 1 tin air (sukat guna tin susu tadi) dan 3 sudu besar gula ke dalam bancuhan tadi. * Gula (terpulang nak letak banyak mana). Kalau leh puding ni jangan manis sangat sebab kek dah manis dan jelly nanti pun manis jugak).
 3. Kacau semua adunan tadi sehingga larut dan sebati (adunan tepung dah tak berketul-ketul). 
4. Kemudian baru masukkan dalam periuk dan masak atas dapur dengan api sederhana. Sentiasa kacau sebab adunan ni nanti cepat pekat dan keras. Kacau sehingga pekat dan likat. Bila dah nampak adunan ni pekat, terus tutup api.
 5. Angkat dan tuangkan atas lapisan kek tadi dan ratakan sehingga menutupi keseluruhan kek.
 6.Susun atau taburkan buah cocktail atas puding kastard. 

Step 3: (lapisan jelly) 





1.Masukkan Kristal jelly dan campurkan dengan 2 cawan air.
 2.Masak atas dapur. Kacau sehingga jelly hancur dan sebati. 
3.Curahkan perlahan-lahan jelly ke atas lapisan kastard/buah tadi dengan menggunakan sudu atau senduk. 
4.Biarkan sejuk atau suam-suam, baru masukkan ke dalam peti sejuk.


hasilnyeee :)





selamat mencuba dan menjamu selera ^_^ 


#Salam #16syawal1434 
#PrayForMesir













 

♥CERITA DARI HATI ♥ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal