::DEMI MASA::

Saturday, September 5, 2015

J.O.D.O.H

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang






Umur semakin meningkat,
dah tiba masa untuk fikir soal masa depan,
siapakah jodoh aku?
macam mana orangnya?
macam mana sikapnya?
macam mana ibadatnya?

ya!
kalau ditanya apa ciri-ciri lelaki idaman aku,
pasti tak tersenarai banyaknya,
itu dulu,
sekarang aku sedar semakin aku dewasa,
semakin aku banyak fikir,
yang manusia ini tidak sempurna,
masing-masing punya kekurangan dan kelebihan.

Allah dah ciptakan manusia, 
secara berpasangan,
untuk saling melengkapi,
antara satu sama lain.

Bagi aku,
yang paling penting,
aku mahukan seorang lelaki,
yang menjaga hubungan dengan Allah,
yang menjaga solatnya, 
hormat orang tua,
dan tahu erti tanggungjawab.

Bila fikir tentang jodoh,
sungguh ! aku bukanlah jual mahal pada mana-mana lelaki,
yang datang hampiri aku,
tapi, 
aku cuma berhati-hati,
kerana ia bermain dengan perasaan,
perasaan seorang yang bernama wanita,
sungguh aku takut,
untuk merasa kecewa,
jika dimain-mainkan,
oleh seorang yang bernama lelaki.

Bagi aku, 
aku mahupun seorang lelaki sahaja,
untuk aku berikan hati aku pada dia,
untuk membimbing aku ke syurgaMu,
selain Allah dan juga Muhammad,
dan juga ibu bapa aku.
aku mahu jadikan,
dialah lelaki pertama dan terakhir,
untuk terima hati dan perasaan aku.

Dan,
jauhkanlah aku,
daripada hubungan yang tidak diredhai olehMu.

Usah bimbang usah ragu,
dengan ketentuan Allah,
Dialah sebaik-baik perancang.
Redha dengan ketentuannya,
kerana antara jodoh dan ajal,
yang mana dahulu datangnya,
hanya Kau yang tahu,
segalanya aku serahkan,
semua kepadaMu Ya Allah,
Kaulah yang tahu isi hatiku,
Kaulah yang Maha Mengetahui,
sedangkan aku cuma hamba yang kerdil,
yang penuh dengan dosa-dosa.









"Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik Yang Mewarisi." (Al-Anbiya: 89)


"Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik, Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan". (Al-Imran:38)







0 comments on "J.O.D.O.H"

Post a Comment

 

♥CERITA DARI HATI ♥ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal